Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

.:Followers:.

November 28, 2009

mana yang penting???

.:بسم الله الرحمن الرحيم:.



Sekumpulan bekas pelajar sebuah sekolah berkumpul menziarahi bekas muallimah mereka yang telah selamat melahirkan seorang anak lelaki. Muallimah tersebut teramat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup di kampus, matapelajaran yang semakin susah,dan masalah percintaan .

Muallimah tersebut hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada kaca, plastik dan tembikar. Ada yang cantik, unik, kelihatan mahal dan ada yang murah serta buruk. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.



Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: ”Jika kamu perhatikan, kesemua cawan yang cantik dan expensive sahaja yang antum(kamu) ambil, yang tinggal hanya cawan murah dan buruk sahaja! “Begitulah lumrah kehidupan  kita yang mana hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan zahir), dan kesemuanya itu merupakan punca masalah dan tekanan hidup yang sedang kita alami!”

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukannya cawan..namun kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!






p/s :
*       Terima kasih ana ucapkan kepada seorang ukhti ………. (text missing) kerana memberikan sebuah notebook yang didalamnya terdapat kisah ini..syukran jazilan (^_^)

*       ''Dan jika kamu mengikut kebanyakkan (majoriti) orang di bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah..." (surah Al-An'am)
  














4 comments:

Unknown said...

salam...wah...nasihat yang berguna lagi manafaat...kerosakan wanita berpunca dari lelaki yang rosak...sebab itu, usaha hendak dibuat ke atas orang lelaki...takaza kita sekarang dan sampai kiamat jumpa setiap lelaki akil baligh di dalam rumah2 org islam,,ajak mereka kepada masjid..biar semua lelaki islam ada hubungan dgn masjid dan ada taaluk dengan Allah swt.

.:khaulah al-azwar:. said...

waalaik...time kasih (^_^)..ana setuju..kerosakan wanita berpunca dari lelaki yang rosak..tapi kita x boleh hanya menunding jari kepada lelaki yang rosak sahaja perempuan pun same jugak..(-_-)tetapi ada satu ketika bila seorang ma'mum keluar dari saf solat kerana imam membaca surah yang panjang..maka Rasulullah x marah dekat ma'mum tu..tapi Rasulullah marah dekat imam tersebut..kalau diikut logik mestilah kita Rasulullah marah kat ma'mum sebab x reti sabar..

jadi apa kaitan nye dengan kerosakan lelaki/wanita??

Unknown said...

isi lebih penting dari kulit coz kulit melindungi isi..mungkin kadang2 kulit tercarik tapi isi masih lagi terlindung oleh kulit....

.:khaulah al-azwar:. said...

betul3..ana setuju!