.:Followers:.

December 17, 2009

Benarkah Islam itu terrorist!


.:بسم الله الرحمن الرحيم:.



Dengan nama Allah swt yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi KeagunganNya. Pada-Nyalah tersimpan segala rahsia seluruh penghuni dunia bahkan seluruh penghuni langit. Salam sayang selaut rindu buat Muhamad Bin Abdullah , mujahid terhebat sepanjang zaman. Salam ukhuwah buat semua sahabat2 yang masih setia berkunjung ke sini.

Sekadar 1 pertanyaan kosong dari ana..

Kenalkah kita  pada Raja Pop, Micheal Jackson yang meninggal dunia pada bulan Jun tahun ini





Tak kan tak kenal kut. Pasti semua orang tahu mengenai kematiannya kerana ianya mendapat liputan luas dari pelbagai pihak.Siaran television seluruh dunia memaparkan kisah raja pop tersebut. Menayangkan tayangan eksklusif langsung dari AS acara penghormatan terakhir bagi si Raja Musik Pop sampai pagi ! Dan entah berapa juta mata masyarakat yang rela menahan mata demi menyaksikan acara tersebut.CD/VCD/DVD lagu2 Micheal Jackson dikeluarkan sebagai tribute untuk arwah.


Gah bukan..?

Tapi…

Pada saat yang sama , berlangsungnya juga pemakaman seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang shahidah  kerana mempertahankan hijabnya.


MARWA AL-SHARBINI


Kenalkan ke pada Marwa Al-Sharbini ini ? Mungkin tiada siapa yang mengenalinya kerana arwah hanyalah seorang insan biasa yang mati syahid kerana mempertahankan hijabnya. Tidak banyak liputan TV tentang Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang punya seorang anak, dan sedang mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tidak ramai pula di kalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana media, terutama TV  yang melampau-lampau liputannya. Berhari-hari, bahkan berminggu masih belum reda isunya.

Hati ana ini bagai dihiris  bila mengenangkan nasib si pejuang hijab ini. Pemergian beliau sangat tragis. Ditikam 18 kali , hanya kerana beliau mengenakan pakaian yang menutup aurat di sebuah Negara secular , Jerman.

Marwa mengalami diskriminasi daripada jirannya sendiri yang anti-Islam dan anti-Muslim. Hanya kerana Marwa berhijab , dia digelar..

TERRORIST..!!!!!!!!!!!!

Sewaktu kejadian tersebut berlaku , Marwa sedang hamil 3 bulan. Marwa ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberikan keterangan atas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “terrorist” hanya disebabkan beliau berhijab. Dalam suatu kesempatan sebelum itu , Alex itu pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas hijab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden .

Marwa syahid kerana mempertahankan syariat Allah di tengah2 gelanggang negara yg bilangan penduduk Islamnya terlalu sedikit. Golongan minoriti.

Ribuan orang di Mesir yang mengantar jenazah Marwa ke tempat peristirahatannya yang terakhir, memang tidak sebanyak orang yang menangisi kepergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ. Tapi kepergian Marwa adalah lambang jihad seorang muslim. Marwa mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski untuk itu ia kehilangan nyawanya. Beliau juga tidak sepopular artis tersohor tersebut , tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya, yang dengannya ia syahid.


Kisah Marwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan mungkin dari pemberitaan media massa asing dunia karena yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeza jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia.

Itulah sebabnya, mengapa di di kaca television kita cuma dihebahkandengan pemberitaan pemakaman Michael Jackson. Tak ada berita pemakaman syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat sebutan “Pahlwan Jilbab”. Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tak ada tangisan kaum muslimin dunia untuknya. Kisah Marwa ini jika kita “explore” kisah Masyitah si tukang sikat anak Firaun , tidak jauh bezanya . Saat Masyitah menyebut kpd anak Firaun..


“Allah adalah tuhanku dan tuhanmu jua"

Kisah Marwa ini juga membuatkan seolah2 kita kembali ke zaman dahulu , pada masa Islam itu dianggap aneh dan asing.

Dan lagi…kalau kita hayati kita Marwa ini kan , Marwa dipanggil TERRORIST krna berjilbab , tapi

Siapa Sebenarnya Terrorist…?!!!!!
Siapa Sebenarnya Yang Pengganas ????? 


p/s : kisah Marwa membuatkan kita seolah-olah kembali ke zaman dahulu, pada waktu Islam dianggap sesuatu yang sangat asing!!

ana petik kata-kata daripada seorang pengarang majalah yang mengatakan...
Mari tanyakan kepada diri masing-masing, kenapa benda ini boleh  berlaku kepada kita umat islam? jumlah umat islam kini mencecah 1/4 (25%) daripada penduduk dunia! Namun kita tidak dapat lakukan apa-apa pada saat saudara-saudara kita dari pelbagai ceruk dunia ditindas, dibunuh, dianiayai dan dirompak kehormatannya!
Mari kita tanyakan kembali kepada diri kita, "Apa yang telah kita lakukan untuk Islam?" 
 maka fikir-fikirkan lah... 

7 comments:

Anonymous said...

subhanallah..hebatnye p'juangan marwa al-shabini.. benarlah kata nabi muhammad bahawa umat akhir zaman seperti buih2 di lautan!

Anonymous said...

subhanallah..hebatnye p'juangan marwa al-shabini.. benarlah kata nabi muhammad bahawa umat akhir zaman seperti buih2 di lautan!

.:khaulah al-azwar:. said...

jadi..x kan kite hnya m'bnarkan sahaja kata Rasulullah namun x m'cgah dri m'jadi golongan buih2 di lautan!

haiya' mengembalikan kegemilangan islam!

Cikgu Ibrahim said...

Terasa ada ketenangan tatkala melewati blog ini.

.:khaulah al-azwar:. said...

syukra jazilan..ketenangan itu sbnarnya datang bukannye dari blog nie tp dari pencipta/boss kepada pemilik blog ini..(^_^)

Nur_Ma"Khairatun Hisan" said...

Salam...em..kish ni sye dh uls di blog rkn(Duan)yg trt m'critekn kish ni...MOge Allah memberkati semue dan moge kite tidk gentar utk menegakkan kebenaran n kepercayaan terhadapNya.
Setiap ape yg dilakukn(m'aniaya sesame insan) pasti ade balasannya..

.:khaulah al-azwar:. said...

"MOge Allah memberkati semue dan moge kite tidk gentar utk menegakkan kebenaran n kepercayaan terhadapNya."

Amiin..