Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

.:Followers:.

November 10, 2009

ana hairan..??


 .:بسم الله الرحمن الرحيم:.



Ana hairan adakah kita lupa hakikat diri sebagai seorang hamba yang jijik???
Apakah kita lupa kebenaran hakiki bahwa kita adalah pendusta dan pengkhianat???
Lalu mana pintu taubat dan nikmat yang perlu kita cari ???

Ana hairan bukankah kita bersaksi kita bersaudara pada panji tauhid???
Tapi di mana mereka bila saudaranya disembelih dan diperkosa???
Bila ummat seiman dengannya dibunuh dan diseksa ???


Ana hairan
apakah hilang rasional kita???
Bergaduh demi pangkat, jawatan dan pilihanraya???
Sedang ummat ini masih lagi hanyut dalam kesesatan..
Dan anak muda gembira dan menari riang bersama dengan syaitan???


Ana hairan kenapakah orang ramai lebih suka berbicara...
Dan berkata-kata kononnya atas dasar cendekiawan dan ketinggian ilmu pengetahuan...
Demi dasar demokrasi junjungan perihal generasi masa hadapan...
Tetapi,anak muda tetap ber"enjoy" dengan rentak hidup mereka sendiri???
Adakah Islam itu tertegak dengan kata-kata pendusta?


Ana hairan kubur mereka sudah dekat menanti...
Harta dan pangkat tak pernah lupa untuk dicari...
Tidak pula peduli tatkala mengambil a.k.a mencuri harta rakyat sendiri...


Ana hairan pabila mereka kata pejuang Islam itu sejati...
Tetapi ummat seiman dengan mereka kafir digelari...
Berjalan bangga kononnya menteri...


Ana hairan anak muda dengan hidup mereka yang songsang...
Berpimpin tangan,berpeluk dan bersenda menari...
Tarian dengan lenggok sendiri..
Adakah lupa pada ketinggian harga diri ???


Ana hairan islam dianggap asing pada ummatnya sendiri...
Lalu mereka kata inilah yang hakiki...
Itulah yang benar dan kamulah yang salah....
Tidakkah sedar kita ini pendakwah???
Bukannya hakim menjatuhkan silap dan salah...


Ana hairan bila mana kata-kata yang benar dibuang jauh...
Pembawa kebenaran dianggap asing dan kebathilan dipegang teguh...
Adakah ini ummat nabi Muhammad masa kini ?


Ana hairan ada yang berkopiah dan berserban...
Yang berkot dan bertali leher...
Lambang cendekiawan moden bijak berkata...
Maka kenapa hukum Allah ditolak tepi sewenang-wenangnya ?
Ana hairan pada ummat ini, pada alam ini dan pada diriku sendiri...


Ana hairan..

betul-betul hairan...



 diedit oleh : mujahidah asrar
 p/s: sahabat ana pernah berkata dalam pidatonya bahawa islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali semula dalam keadaan asing...pelik??? tapi benar... 










3 comments:

student (^_^) said...

boleh copy..sye nk ltk kat mje study..

qamarguyz said...

Salam ziarah.. ana pun hairan..tapi benarlah, Islam kini trasing di bumi sendiri...

.:khaulah al-azwar:. said...

2 student (^_^) : tafadhal masykura.. slamat study

2 qamarguyz : salam ziarah kmbli.. apa yg Rasulullah kata smuanye bnr.. islam dtg dgn asing n akn kmbli smula dgn asing.. moga2 islam x asing dlm khidupan kita