Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

.:Followers:.

July 24, 2009

sungguh!saye syg Rasulullah..betulke??

Kamu sayang Rasulullah? Sungguh? Betul? Tak tipu? Boleh percaya ke ni?? Hhhmmm.. sebenarnya soalan tu untuk ana sendiri. Hari-hari kita berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.(Bila? Dalam solat kan kita ada selawat... sedar tak?)Tapi, cukupkah dengan berselawat itu sebagai bukti kecintaan kita kepada rasul kita? Kenapa bila disuruh untuk boikot barang yahudi, berjela-jela alasan diberi, malah alasan itu lebih banyak dari jumlah barang yang perlu diboikot? Kenapa disuruh amalkan sunnah nabi, masing-masing buat muka? Itukah bukti cinta kamu??? Kenapa bila ditanya salasilah nabi kita, semua orang mulalah tergagap-gagap.. tak tahu hendak cerita..

Hhhmmm.. penting ke semua itu? Cinta pada rasul...selawat tu tak cukup ke tanda cinta dan kasih ana pada rasul?

Okeylah, kita buat perbandingan sikit eh...

Kalau anda cintakan kekasih si pengarang jantung anda, apa buktinya bila kekasih anda soal tahap kecintaan anda? Takkan nak jawab belahlah dada, operatelah jantung... Haish..buat si kekasih anda ambil kapak belah betul-betul baru tahu...

Mestilah anda sanggup tolong top-up kan untuk sidia, sanggup belanja makan dia, beli hadiah ke dia.. Tapi, lepas tu anda minta dia bayar balik ke? Mestilah takkan... Takkan nak suruh bayar? Apalah... Kedekutnya.. Tapi, walau anda tidak minta dibalas,(walau dalam hati berharap juga kan..kan..kan..)sibuah hati anda mesti akan balas juga, bagi hadiah ke anda dan macam-macam lagilah..

Haa... macam itulah konsep cinta dan kasih kepada rasul kita, Nabi Muhammad SAW... Nabi sayang kita? Masyallah... Kalau anda tahu tahap sayangnya rasul kepada kita, mesti anda dah tak cari kekasih lain dah.. menangis air mata anda bilamana terpaksa memadukan kasih dan cinta anda pada kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW. Tahukan, di akhir hayat baginda pun, baginda masih menyebut-nyebut " umat aku..umat aku..umat aku..." Bahkan ketika baginda sedang menahan sakit tatkala nyawanya sedang ditarik pun, sempat lagi baginda minta ke malaikat Jibrail supaya biarlah rasa sakit menghadapi sakaratulmaut umat-umatnya ditanggung dia seorang.. Menangis malaikat Jibril mendengar permintaan kekasih Allah itu. Bayangkanlah betapa agungnya cinta dan kasihnya baginda kepada kita umatnya di akhir zaman ini. Adakah anda mampu mencari pencinta terhebat selain Nabi Muhammad SAW? Masyallah, sampai ke akhir hayatnya pun baginda tak pernah sekelumit saat pun terlupa pada kita. Kita? Hendak tunggu Maulud Nabi baru hendak ingat ke nabi? Baru hendak berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW?

Nanti, suatu hari, kita akn ke PAdang Masyar. Itu pasti!Menunggu giliran untuk dihisab di Padang Masyar sangat lama.Setelah berada di Padang Mahsyar begitu lama dengan segala kepayahan barulah manusia teringat untuk meminta tolong kepada Nabi Adam a.s supaya disegerakan perbicaraan. Selepas 1000 tahun perjalanan, berjumpalah mereka dengan Nabi Adam a.s tetapi Nabi Adam a.s tidak dapat membantu.

Kemudian mereka berjumpa pula dengan Nabi Nuh a.s dengan perjalanan selama 1000 tahun namun Nabi Nuh a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa pula dengan Nabi Ibrahim a.s dengan perjalanan 1000 tahun juga namun Nabi Ibrahim a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Musa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Musa a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Isa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Isa a.s pun tidak mampu. Nabi Isa a.s menyuruh mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad saw.

Lalu mereka berjumpa Nabi Muhammad SAW dengan perjalanan 1000 tahun. Mereka berkata,"Wahai Nabi Muhammad, engkau adalah Pesuruh ALLAH, penutup para Nabi dan Rasul,berilah pertolongan kepada kami agar kami segera dihisab." Jawab Nabi Muhammad SAW,"Aku akan tolong kamu semua."Rasulullah SAW pun bangun dan menuju ke Arasy. Kemudian baginda sujud kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG dan GAGAH selama seminggu. ALLAH SWT pun berfirman,"Ya Muhammad, angkatlah kepalamu dan mintalah apa yang engkau mahu minta.Aku akan kabulkan permintaanmu."Rasulullah SAW menjawab,
"Wahai Tuhan, ini umatku, segerakan kiraan dan pengadilan ke atas hamba-hamba-MU yg telah sekian lama tertahan di Padang Mahsyar dalam keadaan terhina dan terseksa sekali."

Setelah selesai menjalani perbicaraan, mereka menuju pula ke titian yg terentang di atas Neraka Jahanam. Keadaan titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang. Tidak ada seorang pun terlepas daripada melintasi titian itu. Panjang titian itu sejauh perjalanan 3000 tahun, 1000 tahun naik ke atas, 1000 tahun mendatar dan 1000 tahun menurun (1 tahun di akhirat = 365 ribu tahun di dunia). Mereka yang lalu di atasnya berada dalam keadaan senyap sunyi kerana terlalu bimbang dan cemas. Hanya Rasullullah SAW yang mengucapkan kalimah," Ya ALLAH, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku."

Lihat..betapa Nabi Muhammad sayangkan kita.. Sampaikan umat-umat baginda yang sombong dan takbur pun baginda kasih.. tapi, takkan kita mahu tergolong dalam golongan itu? Masih tidak mahu sayangkan Rasulullahkah?

Tahukan, neraka ada 7 tingkat iaitu neraka Hawiah, neraka Jahim, neraka Saqar, neraka Ladza, neraka Hutamah, neraka Sa'ir dan neraka Jahanam. Neraka Jahanam adalah neraka yg teratas sekali, untuk umat Muhammad SAW yang sombong dan matinya tidak sempat bertaubat. Apabila Rasulullah SAW mendengar Jibrail mengatakan neraka Jahanam untuk umat Rasulullah SAW yang sombong, baginda pengsan. Bila sudah sedar, baginda bersabda, "Wahai Jibrail, masih adakah antara umatku yang masuk neraka?Jibrail menjawab,"Ya, iaitu mereka yang melakukan dosa-dosa besar dengan sengaja seperti minum arak, judi, zina, riba', hasad dengki, pemarah, gila dunia, gila pangkat dan lain-lain."

Rasulullah saw pun menangis dan Jibrail pun ikut menangis sama. Masyaallah... Agungnya cinta dan kasih baginda kepada umatnya dikhir zaman.. Umat yang seringkali alpa dan leka dari mengingati Allah dan baginda. Umat yang seringkali melakukan kemungkaran. Umat yang....

Persoalannya,adakah kita sayangkan Rasulullah SAW sebagaimana Rasulullah SAW sayangkan kita??


4 comments:

Anonymous said...

tringat kak izyana ckp smlm..

.:khaulah al-azwar:. said...

betul3..pape pun jgn kite igat je..tp kne lah aml skali yup.. (^_^)

Unknown said...

salam..
hah ni pun pertanyaan utk saya jugak.
kate je syg Nabi Muhammad SAW..betul ke tak eh? ;)
terus terang, saya sendiri masih byk lagi tak tau ttg Nabi Muhammad SAW nabi kesayangan kita semua ni.
kat sekolah mmg ada blaja, tp dh lupe semua (owh teruknya aku!)
jd saya adelah beli bahan2 bacaan ttg salasilah nabi kesayangan kita ni utk refresh diri sendiri yg dh mula alpa..
p/s: saya tak sanggup nk bace bab bila Nabi wafat..semua sahabat2 sedih sgt2 (sedih giler ar org skrg ckp)..
(^_^)

.:khaulah al-azwar:. said...

waalaiki..
sebenarnya fenomena ini merupakan satu fenomena yang sedang melanda di bumi ini(gramatisnye ayat)kita saya Nabi tapi kita x tau kenapa kita sayang Nabi?kenapa kita perlu sayang kat nabi?apa bukti kita sayng kat nabi?

persoalan ini kerap berputar didalam kotak fikiran saya..tapi percayalah cakap saya..jika kita mengkaji kehidupan, kesusahan, kesabaran, pengorbanan Nabi demi menegakkan agama islam di planet yang bernama bumi/earth/al-ard nie nescaya kita akan menangis senangisnya dan akan cuba sedaya yang mungkin untuk menegakkan kembali agama islam..

saya rasa kalau saya tulis post pasal perjuangan rasulullah..10 hari 10 malam x kan habis sebab terlalu banyak sangat pengorbanan beliau melebihi usia beliau..itulah bukti betapa sayangnye rasulullah kepada kita..
sampai sanggup dihina ,dicaci dikutuk dibaling batu sampai berdarah melimpah-limpah keluar dari kasut beliau demi untuk mempertahankan islam agar kita umat2 akhir zaman ini dapat merasai nikmatnya islam..(berceramah pulak)