Pagi ni saya membantu kawan memakai tudung..macam mak andam pulak rasanya…nak pakai tudung ni memerlukan masa dan kadang-kadang memerlukan bantuan jika mahu teknik pemakaian tudung yang agak kompleks.
Zaman sekarang ni terdapat banyak sangat fesyen tudung. Objektif utama yang sering diutarakan oleh pereka-pereka tudung ni ialah untuk membolehkan wanita-wanita islam bergaya di samping menutup aurat. Betul ke niat seperti ini? Kita berasa beruntung dan bersyukur kerana sekarang makin ramai perempuan memakai tudung. Tak kira la pakai tudung Wardina ke, Waheeda ke, Rosalinda ke, Ekin ke, Mawi ke..emmm Mawi pun ada tudung, pakai ke? Tudung bawal Datuk K pun ada!
Pakai tudung pakai jugak.. Tapi kita kena pikir semula, apa dan kenapa pakai tudung. Kita memakai tudung kerana itu adalah suruhan Allah S.W.T seperti mana firman-Nya dalam Surah An-Nur:31.
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”
Jadi tujuan utama kita memakai tudung adalah kerana mengikut suruhan Allah S.W.T yang mahu kita melabuhkan tudung hingga paras dada. Tapi ada sesetengah orang yang memakai tudung semata-mata mahu mengikuti perkembangan fesyen pada masa kini di mana banyak tudung direka untuk bergaya. Jadi sia-sialah kita memakai tudung tadi. Kita sedia maklum bahawa setiap apa yang kita lakukan di atas dunia ini akan mendapat balasan dan ganjaran yang setimpal daripada Allah S.W.T.. Jika kita melakukan sesuatu yang baik dan niat kita kerana Allah, kita akan mendapat ganjaran pahala. Walaubagaimanapun, jika niat kita bukan kerana Allah maka sia-sia lah amalan kita itu nanti.
Masih ingatkah kita peristiwa penghijrahan Nabi Muhamad s.aw dan penduduk-penduduk Islam Makkah ke Madinah. Turut sama mengikuti peghijrahan ini ialah seorang lelaki yang berhijrah semata-mata kerana seorang perempuan bernama Ummi Qais. Lelaki ini digelar muhajir Ummi Qais oleh para sahabat kerana niatnya yang berhijrah semata-mata ingin berkahwin dengan Ummi Qais. Apa yang dia dapat daripada ranjau penghijrahannya? Berkahwin dengan Ummi Qais. Pahala hijrah? Hanya Allah yang tahu. Kerana niatnya kerana selain Allah, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkan tetapi tidak mendapat pahala hijrah seperti mana muhajirin-muhajirin yang lain.
Apa yang paling penting di sini ialah niat kita. Mungkin niat kita memakai tudung untuk kelihatan cantik dan bergaya serta dikatakan tidak ketinggalan zaman…dan juga mendapat pujian daripada rakan…Jika itu niat kita, maka itu lah yang kita dapat..
Memang lumrah manusia mahu kelihatan cantik dan elok dipandang dan rasanya semua orang sukakan kecantikan. Mungkin kita boleh tukar niat kita dengan berpakaian kemas dan cantik serta up-to-date tapi tidak melanggar batas-batas berpakaian demi agama Islam…iaitu untuk menunjukkan kepada orang bukan Islam bahawa Islam itu fleksibel dan tidak mengongkong serta sentiasa selari dengan peredaran masa.
Apa yang penting ialah NIAT!!!!!!!
2 comments:
salam...
ye lah saya setuju dgn awak.
cth paling dkt dgn saya ialah masa di tmpt kerja.
saya nak berkongsi cerita hanya utk pengajaran bersama bukan nak mengaibkan sesiapa.
ada antara rakan2 saya yg bertudung hanya semasa bekerja.
tetapi tudung ditinggalkan apabila mereka keluar dr premis kerja.
bila saya tanya kenapa buat camtu?
mereka kata, pakai tudung masa kerja kemas sikit. rambut tak la mengganggu sgt. & ada jugak yg pakai tudung hanya ikut2 kwn.
senario ni betul2 buat saya pikir ttg diri sendiri.
adakah saya memakai tudung hanya ikut2 atau niat kerana Allah SWT.
semoga saya akan terus memakai tudung hanya kerana Allah SWT.
insyaAllah Taala (^,^)
time kasih ats perkongsian y cukkp bermakna bg sye..
itulah realiti zaman sekarang..ape yg baik untuk dirinya dirasakn x baik tp apa yg x baik utk dirinya dirasakan baik(faham x??)..
semuanya berbalik kepada iman kita... malah kerosakan akhlak yg b'laku sekarang nie pun kita perlu b'balik semula kepada tujuan kita hidup..kan Allah dah kata kalau kita x ikut apa yg disuruhnya hidup kita akan sensara..sesungguhnya dunia ini milik Allah dan Allah m'ngetahui apa yg t'baik..betul x?
apa2 pun saya nie bukannye seorang yang arif tentang islam..cuma seorang pelajar yg sedang m'ngenali islam dengan lebih m'dalam..apa yg saya tahu akan saya cuba sebarkn..
saya doakn semoga niat awak akan sentiasa di jalan yang lurus..
"dan jika kamu mengikut sebahagian besar umat (majoriti) manusia di atas muka bumi ini nescaya kamu akan disesatkan dari jalan Allah"
(surah Al-An'aam ayat 116)
Post a Comment