Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

.:Followers:.

April 28, 2009

Siapa aku di depan Tuhanku...



SUBUHNYA
di mana aku berada masih enak dalam kelambu rindu
sambil berfoya-foya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin hujung waktu
siapa aku di depan Tuhanku

ZUHURNYA
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan 'homework'ku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membuat lawak jenaka dihadapan rakanku
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku menggadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhanku

ASARNYA
aku lupa masa cepat berlalu
berlalu bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan tehku
terlupa panas tidak di hujung kepala
aku masih bercerita
tentang alam persekolahanku
siapa aku di depan Tuhanku

MAGHRIBNYA
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berlegar di padang
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhanku

ISYAKNYA
kerana masa yang panjang
aku biarkan penat menghipit dadaku
aku membiarkan kelesuan menggangguku
aku rela terlena
siapa aku di depan Tuhanku

Kini aku menjadi bertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini
jika rungku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang

No comments: