Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

.:Followers:.

Showing posts with label poem. Show all posts
Showing posts with label poem. Show all posts

May 25, 2009

kata lelaki : "wanita itu lemah"


Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....
besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...

kerana lembut , wanita tidak gemar perbalahan..
Kecuali jika terpaksa, Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan

Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat , celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak

Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu

Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat

Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan

Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan

Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tahu MENILAI..





May 19, 2009

seorang wanita itu...



Seorang muslimah itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman pada Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...
*******
Seorang muslimah itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLAH memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syahid menyahut panggilan Allah.
***********
Seorang muslimah itu ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...
************
Seorang muslimah itu ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...
***********
Seorang muslimah itu ...
yang hidup di alaf ini, muslimah akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang muslimah itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang muslimah itu ... anugerah istimewa kepada dunia!
***************
Seorang muslimah itu ...
tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dai'e & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...
***************
Seorang muslimah itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...
***************
Seorang muslimah itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...
**********
Seorang muslimah itu ...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...
************
Seorang muslimah itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang muslimah itu dalam kebahagiaan!
Moga ArRahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yangABADI

May 15, 2009

dari hawa untuk hawa





Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam,

kita dizalimi, hak kita dicerobohi,
kita ditanam hidup-hidup,
tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam,
tiada nilaian dimata adam,
kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka.




Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang,
darjat kita diangkat,
maruah kita terpelihara,
kita dihargai dan di pandang mulia,
dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.


Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu?

Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?


Wahai Hawa,
Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia,

sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah,
kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia.


Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu,
dengan lengguk tubuhmu.
Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.

Jangan Hawa,
jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu.
Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu,
kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah.

Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan,
alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.


Hawa,
Andai engkau masih remaja ,

jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu,
andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu ,
andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.


Hawa,
Andai engkau belum berkahwin ,

jangan kau risau akan jodohmu ,
ingatlah hawa janji tuhan kita ,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.

Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki,
jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki,
kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya.

Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati ,
dari senyuman membawa ke salam,
dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan...
takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,

lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya,
kemanjaannya,
serta kemampuannya mengoncang iman mereka.


Tetapi hawa ,
lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan ad-dinnya.


Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya.


Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.


Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu,

jagalah pakaianmu,
jagalah akhlakmu,
kuatkan pendirianmu.

Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu,
biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.


Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.


Hawa ,
Ingatanku yang terakhir,

biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi.
Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam,
kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.


April 28, 2009

Siapa aku di depan Tuhanku...



SUBUHNYA
di mana aku berada masih enak dalam kelambu rindu
sambil berfoya-foya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin hujung waktu
siapa aku di depan Tuhanku

ZUHURNYA
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan 'homework'ku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membuat lawak jenaka dihadapan rakanku
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku menggadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhanku

ASARNYA
aku lupa masa cepat berlalu
berlalu bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan tehku
terlupa panas tidak di hujung kepala
aku masih bercerita
tentang alam persekolahanku
siapa aku di depan Tuhanku

MAGHRIBNYA
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berlegar di padang
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhanku

ISYAKNYA
kerana masa yang panjang
aku biarkan penat menghipit dadaku
aku membiarkan kelesuan menggangguku
aku rela terlena
siapa aku di depan Tuhanku

Kini aku menjadi bertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini
jika rungku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang

April 27, 2009

Lembaran Hidup Wanita Solehah


Mampukah aku jadi seperti siti khadijah?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilakukan...

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam semua perintah
Taat dengan abinya yang sentiasa berjuang
Tiada melihat harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika ku marah

inginku intip serpihan sabar
dari catatan hidup siti sara

Jiwaku harus tabah!
setabah ummi Nabi Ismail
Menggendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merah
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya kepada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...





Mampukah aku menjadi wanita solehah?

Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...